KOTA BHARU: Keluarga wanita yang menjadi mangsa pukul dan dibogelkan, meminta semua pihak berhenti menyebarkan video kejadian itu.
Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 49, berkata anaknya, Nora, 26, (bukan nama sebenar) kini sangat trauma, hanya menangis dan berkurung dalam bilik kerana teramat malu dengan penyebaran video mengaibkan itu.
Ani juga meminta masyarakat tidak terus melemparkan persepsi negatif terhadap anaknya kerana yakin Nora dianiaya.
"Sejak kejadian itu, ditambah dengan penyebaran video memalukan berkenaan, Nora trauma dan tiada selera makan. Dia hanya merintih kesakitan dan mengakui teramat malu.
"Dia juga dalam ketakutan kerana ahli keluarga kami ada menerima ugutan daripada pihak yang mencari Nora dan masih belum berpuas hati," katanya yang hadir ke pejabat Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, di sini hari ini.
Ani mendakwa, ugutan itu diterima menerusi panggilan telefon tiga hari lalu, selain ada beberapa individu bertanya kepada penduduk kampung lokasi rumah Nora.
"Kami memohon pihak berkuasa membantu dari aspek keselamatan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini selepas ini. Kami juga bercadang memfailkan saman malu terhadap individu yang mula menyebarkan video memalukan itu dalam tempoh terdekat," katanya.
Kisah
Viral
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "Kes bogel wanita: Keluarga minta henti sebar video"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker