Pernah tengok cerita Star Wars, Doraemon, Thor, The Avengers, Star Trek, Star Gate, Dr Who, atau filem terbaru yg box office Guardian Of The Galaxy ? Kesemuanya cerita ini ada menerangkan mengenai jalan pintu angkasa untuk ke alam galaksi yang lain dengan menggunakan peralatan teknologi yang sangat canggih. Persoalannya wujudkah jalan pintu angkasa itu di dalam alam realiti ini ?
Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hal ini, tokoh sains terkemuka Albert Eistein bersama Nathan Rosen pernah mengemukakan satu teori bahawa ada lubang cacing angkasa yang dapat menghubungkan dua kawasan yang dipisahkan oleh ruang waktu dan angkasa. Dalam erti kata lain, Albert mengatakan bahawa ada jalur jambatan yang melalui ruang waktu di alam semesta. Menerusi lubang cacing angkasa ini, manusia dapat menghantar pesanan dengan menggunakan denyut cahaya ke lokasi jauh di alam semesta. Contoh lokasi yang mungkin manusia boleh pergi ialah Bulan, Bintang, Planet, Galaksi dan Sistem lain. Teori Eistein-Rosen ini pertama kali diterbitkan di dalam majalah pada tahun 1935.
Nama lubang cacing ini dipilih kerana sifat cacing yang melubangi buah epal dan membuat ruang di dalam buah ini. Lubang cacing dalam konteks sains ini bermaksud terowong yang menghubungkan dua lokasi dalam senario ruang-waktu alam semesta. Ada teori mengatakan lubang cacing angkasa ada di pusat lohong hitam. Namun ianya masih lagi diperingkat kajian awal.
Manusia ketika ini masih lagi mencari lokasi sebenar lubang cacing atau terowong kosmos ini kerana ia merupakan jalan pintas ke alam semesta yang lain. Mungkin ia memakan berpuluh-puluh tahun atau beratus tahun untuk mencapai kejayaan melalui teknologi hebat ini. Jika manusia berjaya menguasai teknologi lubang cacing ini, ianya pasti akan memberi manfaat yang besar kepada manusia terutamanya di dalam perkembangan teknologi kehidupan manusia dan juga dapat menggalakkan pelancongan di antara alam semesta yang lain.
Walaupun begitu, masih ada kerisauan jika lubang cacing ini berjaya dijumpai, ini bermakna mahkluk asing daripada alam semesta lain juga boleh datang ke planet kita dengan sesuka hati mereka. Seperti di dalam filem The Avengers di mana pintu ruang angkasa telah terbuka sehingga menyebabkan makhluk asing datang menyerang Bumi tanpa belas kasihan. Nasib baik ada kumpulan Avengers dapat berlawan dengan mereka untuk menyelamatkan Bumi. Masalahnya di alam realiti kita tiada Captain Amerika, Superman, Wonder Woman, Iron Man, Spiderman, X-Men dan superhero yang lain itu untuk menyelamatkan kita. Jadi wajarkah lubang cacing ini dicari ? Wallahualam. Jika mahu menghayati konsep lubang cacing angkasa ini macam mana, anda boleh tonton filem berjudul Interstellar tahun 2014. Filem ini mengisahkan 13 astranout pergi menjelajah galaksi lain untuk mencari planet baru untuk manusia diami melalui lubang cacing angkasa. Ramai memuji jalan cerita filem ini sangat genius dan hebat. Memang menarik filem ini.
Wormhole
Sumber : Dewan Kosmik Bil 7, 2017 & Google Imej.
INFO PLANET
INFO ZGV
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "PINTU ANGKASA KE ALAM SEMESTA LAIN "
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker