Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita ciptaan makanan baru yang berasaskan konsep nasi lemak iaitu aiskrim nasi lemak dan juga biskut nasi lemak. Kini, ciptaan makanan paling terbaru pula ialah Burger Nasi Lemak. Intipati kandungan burger ini ialah isi ayam berisi kelapa yang dilapisi dengan bawang, timun, roti semolin, telur goreng dan sos sambal. Unik kan. Walau bagaimanapun, menu istimewa ini adalah menu jualan terhad dan ianya hanya akan mula dijual pada 13 Julai 2017 di satu rangkaian restoran makanan segera yang cukup popular di rantau ini. Restoran popular itu ialah McDonald Singapura. Menu ini dijual khas di restoran ini sempena dengan Festival Makanan Singapura 2017 dan juga untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang akan disambut 9 Ogos 2017 ini. Selain daripada Burger Nasi Lemak, McDonald juga telah menjual makanan berasaskan menu makanan tempatan seperti Chendol McFlurry, kek pandan dengan lapisan pulut dan banyak. Pasti sedap kan.
Burger Nasi Lemak
Sumber : AstroAwani
INFO MAKAN
INFO ZGV
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "BURGER NASI LEMAK MAKIN FENOMENA"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker