Lagu I Am Me ciptaan Edry KRU nyanyian Datuk Seri Vida telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila menjadi antara lagu paling cepat popular dan lirik lagunya menjadi viral di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Sudah agak lama industri muzik kita tidak mempunyai satu lagu tempatan yang boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia tahu dan kenal. Lagu yang juga dikenali sebagai lagu Ayam Mee di kalangan peminat lagu ini juga dikatakan bakal mengikut jejak langkah populariti lagu Jepun iaitu PPAP nyanyian Pikotaro yang terkenal di seluruh dunia.
Datuk Seri Vida sememangnya cukup kreatif dalam strategi memasarkan jenama beliau ke satu tahap berbeza di Malaysia. Jika di luar negara terdapat pelbagai cara pemasaran yang telah dilakukan untuk memperkenalkan atau mempertahankan populariti jenama diri atau produk masing-masing seperti kumpulan pop legenda Jepun, AKB48. Kumpulan ini mengunakan strategi sangat berbeza dengan artis kumpulan wanita yang lain kerana mereka mempunyai ahli kumpulan paling ramai dalam sejarah dunia nyanyian dunia iaitu 125 orang. Jika sesiapa mendengarnya pasti rasa macam merepek ada ahli kumpulan nyanyian sebegitu ramai. Sebenarnya, tujuan kumpulan AKB48 mempunyai sebegitu ramai ahli dalam kumpulan adalah untuk membolehkan mereka mendekati peminat dengan lebih cepat dan lebih mesra serta membolehkan banyak persembahan daripada mereka boleh dilakukan di dalam satu masa tapi di tempat yang berbeza. Ini disebabkan di dalam kumpulan ini terbahagi kepada 8 kumpulan kecil dan kesemuanya mewakili kumpulan AKB48. Dalam 8 kumpulan kecil itu, mereka akan dibahagikan kepada tugas berbeza iaitu satu kumpulan menyanyi, satu kumpulan jumpa peminat, satu kumpulan buat promosi album dan ianya dilakukan secara bergilir-gilir. Hasilnya sudah tentu berbaloi kerana kumpulan AKB48 dapat mempertahankan populariti mereka untuk jangka masa yang lama dan masih menjadi kumpulan wanita Jepun No.1 sejak tahun 2005 sehingga kini. Ini adalah contoh strategi pemasaran yang sangat di luar kotak dan jauh ke hadapan.
Selain itu, jika kita pernah tengok iklan Thailand, kita akan tahu betapa kreatifnya mereka di dalam bab promosi dan pemasara mereka dalam usaha memperkenalkan produk mereka di sana. Iklan Thailand selalu menggunakan situasi yang melibatkan emosi yang sangat mendalam dan penyampaian mesej cerita iklan mereka juga selalu di luar jangkaan. Contoh iklan Thailand yang menarik perhatian ialah mengenai jaga kesihatan. Di dalam iklan itu seorang pesakit pergi ke farmasi untuk ambil ubat tetapi sebaliknya dia diberi arahan oleh petugas farmasi itu untuk mengerakkan badan ke sana ke sini di satu tempat. Selepas itu, baru tahu rupanya ubat pesakit itu ialah hanya senaman dan iklan ini sebenarnya iklan untuk galakkan orang pergi bersenam. Contoh lain pula ialah iklan aiskrim Indonesia. Mereka menggunakan konsep pendekar untuk mempromosi jenama aiskrim. Ianya satu iklan yang sangat menarik dan inovatif kan.
Begitulah juga dengan lagu I Am Me ini. Rasanya Datuk Seri Vida adalah pengasas komestik pertama di Malaysia yang mengeluarkan single penuh dan dipasarkan secara meluas di pasaran muzik Malaysia. Penerbitan lagu ini sebenarnya secara tidak langsung akan mempopularkan lagi nama Datuk Seri Vida dan paling penting ialah dapat mempertahankan jenama beliau untuk suatu jangka masa yang lebih lama lagi. Tambahan pula, peminat JPop dan Kpop pun pasti suka lagu ini kerana ada remix lagu mengabungkan lagu ini dengan lagu JPop - Pikataro (PPAP) dan KPop - 2NE1 (I Am The Best) dan ianya sangat sangat best. Jom tonton video lagu remix di bawah.
INFO MUZIK
INFO ZGV

Video Muzik Remix I Am Me, PPAP, I Am The Best
Credit to senisempoi You Tube Channel.
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "LAGU AYAM MEE JADI LAGU NO.1 TAHUN 2017"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker