BENARKAH BUMI PURBA ADA DUA BULAN PADA MASA DAHULU ?

BENARKAH BUMI PURBA ADA DUA BULAN PADA MASA DAHULU ?
Isu planet Bumi Purba mempunyai dua bulan sudah lama dibincangkan sejak dahulu lagi. Salah satu punca mengapa isu ini dibangkitkan ialah kerana Bulan mempunyai dua permukaan yang jauh berbeza antara satu sama lain. Permukaan Bulan menghadap Bumi adalah kelihatan flat dan rata berbanding dengan keadaan permukaan Bulan yang membelakangi Bumi yang lebih kelihatan seperti bergunung - ganang dan tidak rata. Hal ini telah menarik perhatian ramai ahli astronomi untuk mengkajinya dengan lebih mendalam. 
Antara teori sains yang pernah dikemukakan ialah daripada ahli astronomi ternama dunia iaitu Professor Eric Asphaug daripada Universiti California, Santa Cruz. Beliau mengatakan Bulan sekarang terjadi hasil daripada penyatuan dua Bulan yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Mengikut beliau, beberapa juta tahun dahulu, Bumi mempunyai dua Bulan yang mengorbit bumi secara berturutan. Namun kedua-dua Bulan tidak mempunyai bentuk yang sama di mana salah satu lebih kecil berbanding Bulan satu lagi yang lebih besar. Pada mulanya, kedua-dua Bulan ini beredar mengelilingi Bumi dalam keadaan teratur. Namun, disebabkan tarikan graviti lebih kuat daripada Bulan yang lebih besar mengakibatkan Bulan kecil tidak dapat bertahan di kedudukan asalnya dan akhirnya Bulan kecil semakin mendekati Bulan besar dan terlanggar serta bersatu dengan Bulan Besar. Disebabkan perlanggaran itu juga telah menyebabkan separuh kawasan Bulan besar telah berubah wajah kerana hempasan Bulan kecil ke atas sebahagian permukaan Bulan besar. Maka dengan itu terjadilah dua permukaan berbeza di Bulan hasil pelanggaran Bulan kecil yang berkecai di atas permukaan Bulan itu. Selain itu, ada juga teori yang mengatakan bahan mineral di Bulan adalah berasal daripada Bumi. Ini adalah disebabkan Bumi pernah dilanggar planet raksasa berjuta tahun dahulu sehinggakan ada bahan galian mineral Bumi telah terpelanting jauh sehingga ke angkasa dan ada di antara bahan tersebut jatuh di atas permukaan Bulan. Di samping itu juga, ahli astronomi terkenal, Hagai Perets dari Technion dan Raluca Rufo dan Oded Aharonson dari Weizmann Institute juga pernah menyatakan teori yang mengatakan Bulan sekarang adalah Bulan yang terakhir kerana Bulan - Bulan zaman Bumi purba sudah tidak wujud lagi. Namun, kajian seterusnya tetap dilakukan kerana masih ada keberangkalian wujudnya Bulan lain berdekatan dengan Bumi. Isu ini ada dibincangkan di dalam perenggan seterusnya. 

Asteroid 2016 HO3 mengorbit Matahari dan berada di kedudukan stabil berdekatan dengan Bumi.
Photo Credit : NASA/JPL-Caltech / The Science Explorer

 TERBARU. BUMI KINI MEMPUNYAI DUA "BULAN"
Berdasarkan informasi yang diberikan oleh NASA, Bumi kini sudah mempunyai dua Bulan. Bulan yang baru diberi nama 2016 H03 yang telah dijumpai pada 26 April 2016 dengan menggunakan alat teleskop pengukur asteroid Pan-STARRS 1 di Haleakala, Hawaii. Bulan baru atau juga dipanggil Mini Bulan ini adalah asteroid kecil yang mengorbit Matahari bersama dengan Bumi. Ia juga digelar sebagai Quasi-Satelitte kepada Bumi kerana jaraknya agak jauh daripada Bumi untuk dijadikan sebagai satelit semulajadi Bumi ini. Selain itu, Mini Bulan ini juga dikatakan sudah lama mengorbit Bumi dengan anggaran lebih satu abad lamanya. Ianya juga menghabiskan pusingan orbitnya selama 365.93 hari setahun berbanding Bumi yang hanya memerlukan 365.24 hari setahun. Tidak jauh beza kan. Pastinya ini adalah satu penemuan sains yang sangat menarik untuk diketahui.

Satu lagi perkara menarik yang mungkin ramai tidak tahu ialah Bulan yang kita lihat sekarang sebenarnya perlahan - lahan menjauhi Bumi dengan kepantasan anggaran 1cm per tahun. Menurut laman sesawang Infoastronomy.org, punca utama kenapa hal ini berlaku ialah kerana masalah tarikan graviti antara Bulan dan Bumi. Contohnya adalah seperti fenomena berterusan air pasang surut yang disebabkan hasil aktiviti tarikan graviti antara Bulan dan Bumi. Salah satu kesan jangka masa panjang untuk aktiviti semulajadi ini ialah ia akan melambatkan putaran Bumi di dalam tempoh sehari. Untuk makluman semua, pada masa 650 juta tahun dahulu, Bumi mempunyai 21 jam untuk sehari tetapi kini sudah bertambah tiga jam kerana hasil daripada kesan jangka masa panjang tarikan graviti antara Bulan dan Bumi ini. Apabila Bumi menjadi semakin lambat untuk menghabiskan putaran dipaksinya, secara tidak langsung ia akan mengakibatkan Bulan bergerak menjauhi Bumi secara perlahan-lahan. Sungguh unik dan misteri. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaaan Bumi jika tiada Bulan ketika itu. Ia mungkin melibatkan proses semulajadi yang memerlukan beratus juta tahun untuk berlaku peristiwa ini. Walau bagaimanapun, itulah teori dan ilmu misteri alam yang sungguh menakjubkan yang seolah tiada penghujungnya. Wallahuallam.




Sumber : 
INFO PLANET INFO ZGV

Dapatkan Tips Menarik !

  • Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
  • Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
  • Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense

0 Response to "BENARKAH BUMI PURBA ADA DUA BULAN PADA MASA DAHULU ?"

Post a Comment

Catatan Untuk Para Jejaker
  • Mohon Tinggalkan jejak sesuai dengan judul artikel.
  • Tidak diperbolehkan untuk mempromosikan barang atau berjualan.
  • Dilarang mencantumkan link aktif di komentar.
  • Komentar dengan link aktif akan otomatis dihapus
  • *Berkomentarlah dengan baik, Kepribadian Anda tercemin saat berkomentar.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

loading...

Iklan Bawah Artikel

close
loading...