NUR FAZURA BINTANGI FILEM BOX OFFICE INDONESIA AYAT AYAT CINTA 2

NUR FAZURA BINTANGI FILEM BOX OFFICE INDONESIA AYAT AYAT CINTA 2
Aktres terkenal Malaysia, Nur Fazura  telah dipilih membintangi filem sekuel  Ayat Ayat Cinta yang pernah mencetuskan fenomena hebat di negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada tahun 2008. Ini merupakan filem keempat Fazura di Indonesia. Sebelum ini, Fazura telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila lakonan beliau dengan ramai aktor hebat Indonesia di dalam filem Warkop DKI Reborn telah berjaya mendapat kutipan luar biasa dan menjadi filem paling laris di Indonesia sepanjang masa. Disebabkan kejayaan itu juga, Fazura boleh dikatakan satu - satunya aktres Malaysia paling popular dan berjaya di Indonesia ketika ini serta sentiasa mendapat perhatian media di sana. Maka tidak menghairankanlah jika Fazura ditawarkan untuk berlakon di dalam filem blockbuster ini. Boleh dikatakan Fazura juga adalah Aktres No.1 Nusantara ketika ini kerana cukup dikenali dan popular bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan juga Filipina. Hebat kan Fazura.
Filem Ayat - Ayat Cinta 2 ini bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Indonesia iaitu Guntur Soeharjanto dan turut dibintangi dengan pelakon asal filem ini iaitu Fedi Nurul bersama  dengan penambilan baru daripada Dewi Sandra dan Chelsea Islan. Untuk pengetahuan semua, lagu Ayat - Ayat Cinta nyanyian Dato' Rossa adalah lagu paling popular di Malaysia pada tahun 2008. Pasti ramai peminat filem tidak sabar menonton filem Ayat Ayat Cinta 2 ini. 


Sumber : BeritaHarian
INFO FILEM INFO ZGV

Dapatkan Tips Menarik !

  • Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
  • Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
  • Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense

0 Response to "NUR FAZURA BINTANGI FILEM BOX OFFICE INDONESIA AYAT AYAT CINTA 2"

Post a Comment

Catatan Untuk Para Jejaker
  • Mohon Tinggalkan jejak sesuai dengan judul artikel.
  • Tidak diperbolehkan untuk mempromosikan barang atau berjualan.
  • Dilarang mencantumkan link aktif di komentar.
  • Komentar dengan link aktif akan otomatis dihapus
  • *Berkomentarlah dengan baik, Kepribadian Anda tercemin saat berkomentar.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

loading...

Iklan Bawah Artikel

close
loading...