Untung penyanyi Malaysia Yuna yang semakin hari semakin banyak mendapat peluang untuk memperkenalkan diri beliau dipelbagai platform media antarabangsa. Terbaru, Yuna telah dipilih untuk menjadi model pakaian rekaan Hatta Dolmat dan diterbitkan di dalam majalah fesyen No.1 negara Arab iaitu Majalah Vogue Arabia untuk edisi Julai/Ogos. Majalah Vogue adalah majalah fesyen No.1 dunia di mana ia mempunyai pelbagai versi majalah ini mengikut negara masing-masing. Salah satunya ialah Majalah Vogue Arabia yang baru diterbitkan pertama kali pada Mac 2017 di negara Arab dan diedarkan ke negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
Sebelum ini Yuna pernah juga menghiasi majalah ternama lain seperti NYLON dan In Style. Namun, peluang untuk beraksi gaya di dalam Majalah Vogue Arabia adalah satu peluang keemasan yang sangat jarang diperolehi oleh mana - mana artis luar Arab terutamanya daripada negara Asia sendiri. Tambahan pula, Yuna juga digemari ramai oleh peminat muzik moden di negara Arab kerana muzik Yuna yang unik dan penampilan berhijab beliau yang kelihatan sangat stylo dan elegan. Jadi tidak menghairankanlah jika Yuna dipilih untuk menghiasi salah satu rencana fesyen di dalam majalah fesyen negara Arab ini. Selain itu, Yuna juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi orang Malaysia pertama menjadi model untuk Majalah Vogue Arabia. Tahniah Yuna. Ibarat kata Madonna.. Vogueee.
Yuna - Majalah Vogue Arabia
Gambar Daripada Instagram Yuna.
Sumber : Astro Awani
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "YUNA MALAYSIA JADI MODEL MAJALAH VOGUE ARABIA"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker