Dato' Siti Nurhaliza mempunyai banyak video muzik yang sangat cantik dan menarik. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang Ikon Video Muzik Malaysia atau Ikon MTV Malaysia kerana mempunyai banyak video muzik popular yang mempengaruhi budaya pop di Malaysia. Dato' Siti juga merupakan satu-satunya artis Malaysia paling konsisten mengeluarkan Video Muzik hampir setiap tahun sejak era 90 an sehinggalah kini. Oleh itu, mari kita lihat Video Muzik Dato' Siti yang manakah paling terbaik antara yang terbaik dan mempunyai impaknya tersendiri di dalam bidang seni kita.
12 VIDEO MUZIK TERBAIK DATO' SITI NURHALIZA
ALBUM : SAFA
TAHUN : 2001
ULASAN :
Ramai memuji dan kagum dengan video muzik ini kerana berjaya menonjolkan satu kelainan yang sangat ketara berbanding video muzik Malaysia yang lain.Video muzik ini juga memberikan satu warna baru di dalam budaya pop Malaysia kerana tampil dengan konsep yang baru dan segar. Konsep video muzik ini sebenarnya banyak menekankan kepada aspek teknik pengcahayaan video yang berwarna terang, CGI yang menarik, solekan artis yang unik dan jalan penceritaan yang ringkas tetapi ada impaknya tersendiri. Ianya juga kelihatan sangat mahal dan esklusif dengan nilai artistik yang ditonjolkan di dalam video muzik ini. Dato' Siti juga kelihatan sangat cantik dan matang serta mempunyai aura yang tersendiri di dalam video ini. Walaupun sudah 17 tahun video muzik ini dilancarkan, namun, ianya masih tetap kelihatan seperti baru dan menarik untuk ditonton. Jika video muzik ini ditayangkan kepada negara luar seperti di Eropah dan Amerika, pasti mereka akan kagum dengan penghasilan video muzik yang kreatif ini. Maka, tidak salah jika dikatakan Video Muzik Percayalah adalah Video Muzik Terbaik Dato' Siti Nurhaliza.
Video Muzik Percayalah
02. BADARSILA
ALBUM : SANGGAR MUSTIKA
TAHUN : 2002
ULASAN :
Perfect. Itulah yang dikatakan kepada video muzik Badarsila yang cukup kental dengan pengisian seni kreatif yang sangat hebat ini. Suasana yang digambarkan seolah berada di era 50an/60an dengan imej Dato' Siti yang kelihatan sangat elegan dengan pemakaian baju tradisional moden ini menjadikan video muzik ini kelihatan sangat cantik dan kreatif.
Video Muzik Badarsila
03. BERSANDAR CINTA
ALBUM : SIMETRISITI
TAHUN : 2017
ULASAN :
Satu lagi pembaharuan daripada video muzik Dato' Siti apabila menggunakan konsep menyanyi sambil bersiap untuk proses pengambaran foto dan temuramah dengan wartawan. Intro video muzik ini juga kelihatan sangat klasik dan ada cerita menarik yang ingin disampaikan dalam video muzik ini terutamanya kepada peminat setia beliau.
Video Muzik Bersandar Cinta
04. SEINDAH BIASA
ALBUM : PRASASTI SENI
TAHUN : 2004
ULASAN :
Walaupun tajuk lagu ini Seindah Biasa tetapi video muziknya adalah luar biasa. Cantik daripada awal video sehinggalah akhir video. Segalanya adalah cantik dan berwarna-warni.
Video Muzik Seindah Biasa
03. MENATAP DALAM MIMPI
ALBUM : DATO' SITI NURHALIZA UNPLUGGED
TAHUN : 2015 (ALBUM) / 2016 (VIDEO MUZIK)
ULASAN :
Video Muzik ini menonjolkan sisi matang Dato' Siti Nurhaliza dengan konsep video muzik yang mendamaikan dan tenang. Dato' Siti juga kelihatan sangat jelita di dalam video muzik ini.
06. DEBARAN CINTA
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN :
Video ini akan diingati kerana tiga perkara. Pertama ialah sebab Dato' Siti berpakaian moden futuristik dan menari ala Madonna seperti di dalam video muzik Ray Of Light. Kedua, ada Nicholas Salputra. Ketiga pula ialah kerana ada tiga orang pengacara 3R berlakon sama dalam video muzik ini. Rasanya kalu Dato' Siti menari dengan pakain futuristik moden daripada awal hingga akhir video ini sudah cukup bagus kerana kita dapat lihat satu sisi kelainan di dalam persembahan Dato' Siti.
Video Muzik Debaran Cinta
08. NIRMALA
ALBUM : SANGGAR MUSTIKA
TAHUN : 2002
ULASAN :
Video muzik cukup diingati dengan pakaian kostum Dato' Siti yang kelihatan seperti Maharani dan Puteri kayangan. Begitu juga dengan tarian Nirmala dalam video ini yang menjadi signature kepada lagu fenomena ini.
Video Muzik Nirmala
09. BUKAN CINTA BIASA
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN :
Dato' Siti kelihatan seperti patung Barbie yang sangat cantik dan hidup di dalam sebuah istana unik di dalam video muzik ini. Video muzik ini antara video muzik Dato' Siti paling popular di Malaysia.
Video Muzik Bukan Cinta Biasa
10. BIARLAH RAHSIA
ALBUM : TRANSKRIPSI
TAHUN : 2006
ULASAN :
Video muzik ini adalah contoh video muzik yang sangat ringkas tetapi kelihatan sangat mahal kerana teknik cahaya yang mantap dan CGI yang secukup rasa. Kalau diikutkan lokasi video muzik ini hanyalah di tangga dan juga di sofa. Suatu tempat yang amat mudah dicari tetapi disebabkan pengarah dan kumpulan produksi video muzik ini sangat kreatif, mereka telah menjadikan lokasi di tangga dan sofa itu menjadi begitu menarik dan esklusif. Selain itu, teknik solekan yang menarik juga telah menambahkan kejelitaan Dato' Siti di dalam video muzik ini.
Video Muzik Biarlah Rahsia
10. MENANTI PASTI
ALBUM : KAYANGAN OST
TAHUN : 2007
ULASAN :
Kali ini video muzik Dato' Siti banyak fokus kepada warna putih dan konsep nyanyian slow motion yang sangat menarik. Satu lagi contoh video muzik Dato' Siti yang unik dan berbeza.
Video Muzik Menanti Pasti
11. KU MILIKMU
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN :
Pernah tengok Dato' Siti pakai rambut afro dan menari koreografi ala ala taekwando. Inilah video muziknya.
Video Muzik Ku Milikmu
12. SEGALA PERASAAN
ALBUM : SIMETRISITI
TAHUN : 2017
ULASAN :
Superwoman. Itulah tema video muzik ini. Satu lagi konsep berbeza yang dibawakan oleh Dato' Siti untuk video muzik beliau.
Video Muzik Segala Perasaan
Dato' Siti Nurhaliza
Sumber : Google Image , DatoSNurhalizaVevo & Suria RecordsSRC You Tube Channel
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "12 VIDEO MUZIK TERBAIK DATO' SITI NURHALIZA"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker