Putus cinta adalah suatu perkara yang biasa berlaku kepada kebanyakan pasangan bercinta yang tidak mempunyai jodoh yang panjang. Banyak faktor kenapa ianya berlaku. Namun bukan itu yang GV ingin tekankan di sini. Kita semua sedia maklum perasaan putus cinta adalah amat perit sekali sehinggakan boleh menganggu kehidupan kita seharian. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang telah dilakukan oleh mereka bagi menenangkan diri untuk menghadapi masalah situasi sebegini. Antaranya ialah mendengar dan menghayati lagu putus cinta dengan penuh perasaan dan membiarkan diri hanyut dibuai fantasi dengan lagu berkenaan.
Jika dibuat kajian, kemungkinan lagu Diva Pop Ziana Zain berjudul Putus Terpaksa dan Berpisah Jua akan menjadi pilihan utama ketika ini. Namun, ada satu lagi lagu yang juga tidak kurang hebat penangannya sehingga membolehkan pasangan putus cinta itu rasa makin sedih dan pasrah dengan apa terjadi. Lagu itu ialah lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian penyanyi popular Azie. Lagu ini adalah ciptaan komposer hebat Saari Amri dan liriknya ditulis oleh Lukhman.S. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular di Malaysia pada tahun 1996. Ianya juga dikenali dengan nama lagu angan-angan atau lagu ketuk-ketuk pintu kerana judul lagu dan alat muzik yang dimainkan di dalam lagu ini. Jom kita baca dahulu lirik lagu ini yang sangat puitis dan shahdu ini di bawah :
LIRIK LAGU PELAMIN ANGANKU MUSNAH
MASIH LAGI TIDAK TERLEWAT
UNTUK AKU UCAP TAHNIAH
DI ATAS KEHADIRANNYA
MENGGANTIKAN AKU
PASTINYA OH HIDUPMU
AKAN LEBIH BERMAKNA
DAN AKU USAH KAU KENANG
WALAU KITA PERNAH BERKASIHAN
MAAFKAN DIRIKU INI
KERNA TIDAK HADIRKAN DIRI
DI SEWAKTU HARI
PERSANDINGANMU
ADAKAH KAU INGIN LIHAT
AIR MATA INI BERGUGURAN
PUASLAH HATIMU KINI
MEMAINKAN PERASAANKU SELAMA INI
CHORUS
MASIHKAH DENGAN JANJIMU
APAPUN JADI AKULAH PILIHANMU
ENGKAU SANGGUP HAPUSI CINTA YANG LALU
KU ANGANKAN PELAMIN INDAH
UNTUK KITA BERDUA SINGGAH
SAYANGNYA... SEMUA MUSNAH
KAU BUAT MALAMKU
JADI GERHANA
DAN HIDUPKU TIADA MAKNANYA
HANYA BERNYAWA
NAMUN TAK BERMAYA
TERKADANG AKU MERASA MENYESAL
KERNA TELAH SEHABIS DAYA
AKU CINTA DIRIMU KASIH
AKHIRNYA AKU SENDIRI
TERSISIH...
BISA SUNGGUH LUKA INI
WALAU TAK BERDARAH
Dengarkan lagu ini di bawah:
Video Lagu Pelamin Anganku Musnah Oleh Azie
Credit to Airul Giggs You Tube Channel
Sedih kan lagu ini. Satu perkara yang harus kita semua ingati, mencintai tidak bermaksud memiliki. Jika kita betul-betul menyayangi seseorang itu, kita seharusnya mendoakan kebahagiaan hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Itulah baru tanda cinta sejati. Andai kata anda putus cinta, janganlah bersedih kerana Allah SWT sentiasa berada di sisi kita dan kita juga ada keluarga yang sentiasa menyayangi kita. InsyaAllah. Semoga semuanya pasti berakhir dengan kebaikan dan kesejahteraan.
P/S : GV minat lagu ini sejak tahun 1996 lagi. Lagu ini pernah masuk bertanding dalam Carta Muzik Muzik dalam bulan April 1996 dan bertahan dalam carta selama 16 minggu kalu tidak silap GV. Lagu ini memang sangat popular tahun 1996 dan boleh kata hari-hari keluar di Radio Muzik ketika itu. Lagu ini bersaing hebat dengan lagu Nadia Salam Untuk Kekasih, Dato' Siti Nurhaliza Jerat Percintaan, Rozita Izlyn Dunia Kita Berbeza, Fauziah Latiff Batas Menanti, Amy Mastura Kembalilah, Aishah Merenung Bulan dan Korban Cinta Ziana Zain. Tahun 1996 adalah tahun kemuncak muzik pop Melayu. Jadi tidak menghairankanlah banyak karya hebat muncul pada tahun ini. :)
Sumber : Google Imej
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "LAGU PUTUS CINTA PALING MENYAYAT HATI. SEDIH.... "
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker