ADA MAKHLUK PURBA MASIH HIDUP DI BAWAH PERMUKAAN BUMI

ADA MAKHLUK PURBA MASIH HIDUP DI BAWAH PERMUKAAN BUMI
Pernah dengar tak ada khabar angin mengatakan ada makhluk yang hidup di bawah permukaan Bumi. Mereka dikatakan hidup di dalam perut Bumi kerana telah ditenggelamkan hingga jauh ke dasar Bumi kerana bencana alam yang berlaku berjuta tahun dahulu. Menurut ahli kaji bumi Amerika Syarikat Trevor Anderson, beliau telah menemui jalan masuk ke dunia asing di dalam perut Bumi tanpa sengaja sewaktu melakukan ekspedisi kajian  gunung berapi di Iceland. 
Pada ketika itu, beliau dan beberapa rakan beliau sedang mengumpul data berkaitan gunung berapi di tepi lerengan gunung berapi di suatu kawasan pergunungan Iceland. Tiba-tiba, cuaca berubah menjadi gelap dan petir pula sambar menyambar di kawasan kajian mereka itu. Oleh itu, mereka terpaksa mencari sebuah gua berdekatan untuk elak disambar petir dan menunggu sehingga cuaca kembali cerah semula. Di dalam gua tersebut, mereka telah tergelongsor masuk ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam seperti ianya menuju ke dalam isi perut Bumi. Akhirnya mereka jatuh ke satu tempat yang sangat mengejutkan yang boleh mempengaruhi fakta sains sejagat. Tempat itu adalah suatu tempat hidupan yang kelihatan seperti Bumi Purba dan ianya terletak jauh daripada  permukaan atas Bumi. Ianya banyak dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan segar dan juga dataran gurun yang sangat luas. Di situ juga ada sebuah laut yang sangat besar dan cuaca di situ turut berubah-ubah daripada panas kepada sejuk dan sebaliknya. Namun, ada satu perkara yang paling mengejutkan antara semua kejutan iaitu kewujudan Dinasaur yang masih hidup di kawasan itu. Adakah bencana alam suatu ketika dahulu telah menyebabkan Bumi kita terbalik dengan menyebabkan sisa-sisa kehidupan yang masih hidup ketika itu terpaksa bersembunyi di bawah permukaan Bumi? Ini adalah kerana semua penemuan yang dijumpai oleh Trevor itu adalah satu keajaiban dan pastinya menarik minat ramai ahli sains untuk meneroka kawasan purba yang hidup di bawah permukaan Bumi selama ini.
Walau bagaimanapun, itu semua hanyalah fantasi semata-mata kerana ianya adalah jalan cerita filem menarik Journey To Center of Earth lakonan Brendan Fraser pada tahun 2008. Filem ini adalah berdasarkan novel yang tajuknya sama seperti judul filem ini.
Tetapi GV yakin antara kita semua mesti pernah dengar berita mengatakan ada makhluk yang hidup di bawah kan. Antaranya ialah Yakjuj Makjuj. Kisah Yakjuj Makjuj bukan sahaja popular di kalangan orang Asia, tetapi juga di sebelah Barat. Dikatakan ada satu kawasan di benua Eropah dan sempadan Asia yang menjadi tempat terkurungnya makluk aneh ini. Di bawah ada satu Video Muzik daripada Azerbajian yang menunjukkan seolah ada satu makhluk jahat keluar daripada perut Bumi dan bertembung Bidadari langit. Lagu ini berjudul Day After Day nyanyian Elnur dan Samir. Jom saksikan lagu daripada negara Azerbajian ini. 

Video Muzik Day After Day - Elnur & Samir


Sumber : Google & You Tube Channel


INFO PLANET INFO ZGV

Dapatkan Tips Menarik !

  • Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
  • Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
  • Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense

0 Response to "ADA MAKHLUK PURBA MASIH HIDUP DI BAWAH PERMUKAAN BUMI"

Post a Comment

Catatan Untuk Para Jejaker
  • Mohon Tinggalkan jejak sesuai dengan judul artikel.
  • Tidak diperbolehkan untuk mempromosikan barang atau berjualan.
  • Dilarang mencantumkan link aktif di komentar.
  • Komentar dengan link aktif akan otomatis dihapus
  • *Berkomentarlah dengan baik, Kepribadian Anda tercemin saat berkomentar.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

loading...

Iklan Bawah Artikel

close
loading...