Jika anda peminat Naruto Shipudden, Sailor Moon dan banyak anime lagi, pasti anda akan perasan bahawa bulan dan arnab kerap ditampilkan sebagai salah satu watak utama dalam cerita mereka. Malah, watak arnab dan bulan juga pernah ditampilkan di dalam salah satu naskhah novel popular Asia Timur iaitu Journey To The West di mana Dewa Monyet Sun Wukong berlawan dengan makhluk ghaib Arnab Bulan. Legenda Arnab Bulan ini bukan sahaja popular di kalangan penduduk Jepun, malah ia juga popular di negara China, Vietnam, Korea dan kaum purba Aztec di Amerika, Mexico dan Canada.
Menurut mitos rakyat Jepun, Dewa Bulan pernah turun ke Bumi dan menyamar menjadi peminta sedekah untuk melihat keadaan di Bumi. Kemudian, Dewa itu berjumpa dengan Musang (Kitsune), Monyet (Saru) dan Arnab (Usagi) dan meminta makanan daripada mereka bertiga. Maka, tanpa membuang masa, si Musang terus berenang menangkap ikan dan memberikan ikan itu kepada Dewa untuk makan. Manakala, Monyet pula memanjat pokok mengambil buah-buahan dan diberikan kepada Dewa itu juga. Si Arnab pula tidak mempunyai apa-apa yang boleh diberikan kepada Dewa itu selain rumput. Tiba-tiba, si Arnab itu mendapat idea dan meminta si Dewa itu untuk membakar rumput itu dengan segera. Apabila api mula marak di dalam rumput itu, si Arnab terus melompat masuk ke dalam api itu untuk dijadikan arnab panggang sebagai makanan kepada Dewa itu. Dewa itu sangat terkejut dan menghalang arnab itu daripada dibakar dengan api. Dewa itu memuji Arnab itu kerana sanggup mengorbankan dirinya demi memberi makanan kepada Dewa itu. Dewa itu pun bertukar menjadi dirinya yang asal dan mengajak Arnab itu tinggal bersamanya di Bulan. Jika anda lihat gambar di bawah, kelihatan seperti bentuk Arnab di atas permukaan Bulan itu.
Bentuk Hijau Itu Seakan Seekor Arnab.
Di dalam anime Naruto, pasti anda perasan watak Kaguya Otsutsuki adalah seakan seekor arnab versi manusia dan beliau juga telah dikurung di dalam Bulan. Begitu juga dengan anime Sailor Moon yang terang lagi jelas menggunakan nama watak Usagi yang bermaksud Arnab dan Usagi itu asalnya adalah Puteri Bulan di dalam anime itu. Menarik kan. Walau bagaimanapun, lain negara lainlah mitosnya. Yang pastinya legenda Arnab Bulan ini memang sangat popular di kalangan orang Jepun. Ianya dapat dilihat di dalam majoriti hasil karya anime atau manga Jepun yang paling tidak pasti ada sedikit akan menyentuh isu mengenai Arnab atau Bulan. Selain Arnab, antara haiwan yang juga popular di dalam mitos Jepun ini ialah seperti Musang, Monyet, Katak, Ular, Lintah Bulan, Serigala dan Naga.
Kaguya - Salah Satu Watak Utama Anime Naruto Shipudden.
Sumber : Social Science Moon Rabbit &Google Image.
INFO HIBURAN VARIASI
INFO ZGV
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "KENAPA ANIME JEPUN KERAP DIKAITKAN DENGAN BULAN DAN ARNAB ?"
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker