Pernah terkena penyakit batu karang ? Penyakit batu karang ini sebenarnya adalah lebihan garam yang pekat yang bertukar menjadi seperti batu atau pasir halus yang boleh menyekat pengaliran air kencing kita. Ianya selalu akan mengakibatkan sakit di sekeliling pinggang dan rasa tidak selesa kepada badan kita. Punca berlakunya batu karang adalah pelbagai kerana ia bergantung kepada sejarah dan gaya kehidupan seseorang itu. Antara punca yang lazim berlakunya penyakit batu karang ialah kurang minum air, faktor keturunan, umur yang semakin meningkat, kencing manis, darah tinggi, kesan sampingan ubat, pemakanan yang banyak protein purin dan asid urik serta kurang bersenam.
Ada empat jenis penyakit batu karang yang diketahui umum iaitu batu kalsium (jenis paling biasa, melibatkan kalsium dan oksalat), batu struvite (selalunya berlaku kepada wanita, berpunca daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu), batu asid urik (terbentuk daripada asid urik iaitu hasil sampingan metabolisme protein) dan batu sistein (diwarisi genetik, buah pinggang terlebih menghasilkan asid amino tertentu).
Di permulaan penyakit batu karang mula hendak berlaku, selalunya akan rasa loya dan rasa hendak muntah. Selepas itu, rasa sakit yang amat tidak terkata akan berlaku secara bergilir-gilir di sebelah kiri dan kanan buah pinggang kerana batu itu bergerak-gerak di kawasan berkenaan. Paling sakit sekali ialah apabila batu itu tersekat di saluran kencing kita sehingga membuatkan kita rasa senak dan macam ada benda tersumbat di bahagian itu. Sewaktu hendak kencing, memang rasa agak seksa terutamanya bila batu itu hendak keluar melalui air kencing. Jika semua ini berlaku, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan ambil ubat untuk sembuh semula. Lazimnya doktor akan beri ubat pecah batu serta beberapa ubat lagi untuk sembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk penyakit batu karang tidak kritikal. Jika ia kritikal, mungkin pembedahan ultrasound pecah batu atau pembedahan keluarkan batu itu daripada badan akan dilakukan.
Berdasarkan pengalaman GV, ada beberapa cara yang boleh sembuhkan penyakit batu karang yang bukan kritikal disamping kita turut memakan ubat pecah batu itu. Antaranya seperti berikut :
Itulah serba sedikit info sihat mengenai penyakit batu karang. Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin.
- Minum air masak secukup-cukupnya yang diperlukan oleh badan. Andaikata baru lepas kena penyakit batu karang, pastikan minum air 3 liter sehari sehingga betul-betul sembuh. Dengan adanya banyak air ini, ia secara tidak langsung ia akan memudahkan proses pengeluaran batu itu keluar melalui air kencing kita.
- Minum jus lobak putih dan nenas. Dikatakan kedua-dua jenis buahan ini dapat melembutkan dan melarutkan batu karang dalam badan.
- Elakkan makanan yang kaya dengan oksalat seperti tomato, lobak merah, bayam etc.
- Banyakkan makan sayur -sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat.
- Elakkan minum air bikarbonat
- Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan seharian
- Paling penting sekali banyakkan berdoa kepada Allah SWT dengan mohon disembuhkan penyakit ini dengan segera dan redha dengan ketentuan Illahi. InsyaAllah. Jika dengan izinNya kita akan disembuhkan daripada penyakit ini.
Sumber : batukaranginfo, Medicinet & Imej Google.
Dapatkan Tips Menarik !
- Dapatkan tips dan trik yang belum pernah kamu tau sebelumnya
- Jadilah orang pertama yang mengetahui hal-hal baru di dunia teknologi
- Dapatkan Ebook Gratis: Cara Dapat 200 Juta / bulan dari AdSense
0 Response to "CARA UNTUK SEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG "
Post a Comment
Catatan Untuk Para Jejaker